Sem0ga Ukhuwah Kita Semua Mekar Ke Akhirnya.....

Saturday, December 18, 2010

AspiRasi iLmU.....

"Salam ukhwah dan kasih sayang buat semua.hari ni saya ada cerita best untuk dikongsi bersama.Diharap cerita ni mampu menghiburkan semua yg membacanya. Sambil berhibur, ambillah iktibar drinya ok! Ceritanya begini...jeng..jeng..jeng...



Zaman dulu2...di satu negeri di sebelah Timur Tengah ada seorang raja yg adil-disayangi oleh sekelian isi istana & juga rakyat jelata.Baginda dah tua. Puteranya memang ada sifat pemimpin, tapi sangat terpaut pada harta & wanita. Baginda tidak mahu kerajaannya jatuh kerana 2 perkara yg hujungnya 'ta' itu. Kalau baginda mangkat, bagaimana keadaan rakyat & negeri?

Baginda pun menjodohkanlah putera itu dgn anak gadis PM-gadis solehah yg terdidik sejak kecik lagi. Si putera ikut saja. Baginya tak ada beza ada isteri @ tidak.Hamba2 sahaya tawanan perang rasa2nya dah cukup jadi penghibur hatinya. Baginya anak menteri tu tentu membosankan. Kononnya, gadis pingitan tu tak tahu apa2..ini tak selari dgn seleranya.

Perkahwinan berlangsung juga tapi perangai si putera tak juga berubah. Dia lebih mengutamakan hamba2 sahayanya. Ada 2 org yg jadi 'favouritenya'. tak letih2 raja & besannya berdoa. Si isteri lagilah hebat doanya.
Doa mereka bukan doa org malas...mereka iringi dgn usaha yg sungguh2. Menasihati dgn lisan tak dapat mengubah si putera. Satu malam raja dan PM bermimpi serentak berjumpa seorang tua yg mencadangkan supaya si putera pergi belayar membawa misi perdagangan. Raja & PM pun berbuatlah seperti yg disebut dlm mimpi. Si putera pun bersiap2lah bersama kelasi2 yg dipilih oleh raja & PM.

Sebelum berlayar si putera bertemu dgn 2org hamba sahaya kegemarannya bertanyakan apakah yg mereka inginkan. Dgn wajah berseri2, hati yg seronok...mereka minta dibawakan emas permata. mereka tahu di tempat lain hamba2 tak dilayan baik seperti mereka. Terlupa yg diri tu hanya hamba sahaya...maklumlah dah jadi kesayangan putera raja. Wajah pula cantik berseri. Rasa hati dialah permaisuri. Berjanji manislah si putera utk membawa balik emas & permata idaman hati mereka-kata2 manis yg keluar dr seorg putera raja yg perasaannya jadi hamba kpd hamba2 sahayanya. Inilah kelemahan yg sangat2 dirisaukan oleh raja. 

"wahai anakku, dah tanya ke kalau2 isterimu nak minta dibelikan apa2?"raja mengingatkan si putera. Si putera hanya tersenyum. Nak jawab apa? Di betul2 lupa. Cepat2 dia ke bilik isterinya & bertanya.
"Dinda nak pesan 1 benda je. Dgn 3dirham ni, tolong belikan 'akal' utk dinda." Akal? Amenda tu? Hai, entah hape2lah yg dikirimnya. Gerutu hati siputera. 3dirham je...bendanya tentu murah. Barang murah bukan susah sangat nak cari. Napelah ayahanda pilih perempuan macam ni jadi isterinya? Sure PM tu bodek ayahandanya sampai sanggup menjadikan perempuan pelik macam tu jadi menantu.Takde kelayakan langsung nak jadi permaisuri...
"tu je yg dinda perlukan.."

"Hmm..yalah.."pendek jawab siputera.Boring.
Belayarlah si putera dgn iringan doa seluruh isi istana. Segala nasihat &panduan dah biberikan oleh raja &mentuanya. Termasuklah si isteri yg turut mengiringinya dgn doa yg tak pernah putus.
Memiliki hati si putera bukanlah matlamat si isteri. Yg penting baginya ialah kasih sayang&redha Allah.Bila diminta kawin dgn si putera, dia juga berazam utk menjadikan perkahwinan itu sebagai laluannya utk beramal ibadah. Walaupun hati kecilnya sebagai perempuan tersentuh dgn sikap suami yg endah tak endah...dia tetap sabar. Kalau suaminya tak tunai tanggungjawab sebagai suami, tunggu ajelah tindakan Allah.Tak tunai tanggungjawab bererti kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah bererti neraka. Kalau suaminya masuk neraka kerana dimurkai Allah...buat apa dia ikut jejaknya.Tapi, sebagai wanita solehah..hati isteri taklah sekejam tu.Dia tetap sayangkan si suami kerana itu perintah Allah.Kecintaannya pd allah mendorongnya utk menyayangi siapa saja yg Allah perintahkan utk disayangi. Bukan ramai sangat makhluk yg perlu disayangi sebagai suami.So si isteri ambil keputusan utk buktikan rasa kasih kpd suami dgn doakan supaya si suami selamat dr kebinasaan dunia&akhirat. Sebagai pembuktian cintanya kpd Allah...

Dgn izin Allah, bussiness si putera dapat untung berlipat ganda. Emas permata utk hambanya dah pun dibeli. tak sabar2 lagi nak pulang. tetiba mereka diserang ribut. Layar diturunkan.Seluruh isi kapal berdoa kpd Allah. Ada seorang yg ditua2kan & bayak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "ada apa2 lagikah amanah & pesanan yg belum ditunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..." APAKAH SEBENARNYA YG TELAH TERJADI? NANTIKANLAH CERITA YG SETERUSNYA OK... "


"Apa yg telah terjadi dengan putera dan misi perdagangannya? jom ikuti sambungan citer ni.skit sedutan dr episod satu ari tu...ada sorang yg ditua2kan dan banyak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "Ada apa2 lagikah amanah dan pesanan yg belum kita tunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..."




Tiba2 si putera teringat kpd duit 3dirham kiriman isterinya.Ah! Dia belum beli akal utk isterinya! "kiriman isteri saya belum tertunai!" dia mengaku. "Kalau macam tu, kita singgah kat pulau berdekatan utk beli ole2 isteri tuanku tu."

Si putera ditemani oleh pengiringnya turun ke pulau utk mencari akal. Dia yg tak pernah penat betul2 terseksa hari tu. Peluhnya menitik2. Lebih sakit lagi, setiap kali dia tanya "ada jual akal tak?" semua org gelak. "tak sihat ke org ni, nak beli akal?"

Hatinya bertambah geram kpd isterinya. Akhirnya si putera bertemu dgn sorang tua yg sedang duduk kat bawah sepohon pokok yg rendang. Kalau org tua tu pun gelakkan, dia berazam naik ke kapal dan cari akal kat tempat lain.

"Tok, tau tak kat mana saya boleh beli akal?"

"Akal?" serius je muka org tua tu.
Ah! Lega hatinya sebab org tua tu tak gelak. Maka berceritalah si putera dr awal sampai akhir...termasuklah cerita pasal hamba2 dan isterinya. org tua tu angguk2 dan berkata, "Anak telah memiliki sorang isteri yg baik tapi anak tak hargai dan tunaikan kewajipan anak kepadanya sebab asyik dgn hamba2 tu je. Cuba luangkan masa utk mengenalinya..sure anak tak menyesal. Kalau anak faham apa yg tok cakap ni, anak akan dapat akal yg isteri anak pesan sebaik saja anak masuk ke biliknya."

Lega hati si putera. Bolehlah balik cepat2. Dia tawarkan emas permata kat org tua tu, tapi org tua tu menolak. "Cukuplah 3dirham yg isteri anak bekalkan"

Kembalilah si pytera dan rombongan dgn selamat. Malang bg si putera,on the way dr kapal ke istana, dia terjatuh dlm selut. Habis badannya kena selut tapi dia tak peduli. Dia tak sabar2 lagi nak jumpa dgn hamba2 kesayangannya. Sampai kat istana dia jumpa mereka. Sambil berdiri di depan mereka dia menunjukkan 2 uncang berisi emas permata. Mereka ambil uncang dgn gembira,membelek2 emas permata sampai lupa putera depan mata. Si putera berdiri tegak depan mereka.

"Aku atau emas permata lebih penting bagi kamu?"

"Cantiknya..berkilat2.Boleh silau mata"
Siputera tak diendahkan sampai dia terpaksa pegang tangan mereka. "Eekk...pegila bersihkan diri dulu. Busuk!" alangkah murkanya dia. Dirampas semula uncang tersebut dan terus keluar dr tempat tu. Dgn rasa marah yg berkobar2 dia melangkah ke bilik isterinya. Dia tak mahu org dlm istana lihat dirinya penuh selut. Tempat isterinya lebih sesuai utk bersihkan diri.Dia terus buka pintu bilik isterinya.

Si isteri terperanjat. Bila tengok yg masuk ialah suaminya...dia segera sambut dgn hormat.Tangan suaminya dicium penuh penghargaan. Tergamam siputera.

"Selamat pulang.Kanda mesti letih. Rehatla dulu, nanti dinda ambikkan pakaian."

"Tak busuk ke?" tanya siputera pelik.
"Busuk lagi hati isteri yg tak gembirakan suami ketika letih pulang dr tugas negara."

Alangkah tersentuh hatinya dgn sambutan isterinya.Oleh kerana tergamam, dia ikut je apa yg diperlakukan padanya. Dimandikan,disapu wangi2an dan diberi hidangan yg lazat2. Wajah si isteri sentiasa manis &berseri2, tak sikit pun menjeling uncang emas yg separuh terbuka.Barang kirimannya pun tak ditanya. Setelah selesa,duduklah mereka suami isteri berhadap2an buat first timenya.

"Err...akal yg dinda pesantu, err..." dia teragak2 nak bagi tahu. Tiba2 timbul rasa segan kpd isterinya. Si isteri hanya diam dgn wajah tenang.

"Kanda dah pun dapatkan akal yg dinda pesan."

"Mana dia?" tanya si isteri.
"Sekarang ni ada pada kanda."
"Boleh dinda miliki sekarang?" Siputera tunduk. Dipegang tangan isterinya. Direnung matanya dgn lembut.

"Kanda miliki isteri yg baik, tapi kanda tak pernah syukuri nikmat ni." Dia pun bercerita pengalamannya di pulau dgn org tua.Dia juga berterus-terang bagaimana sambutan isterinya tlh menyedarkan tentang kesilapannya selama ini.

"sebenarnya pelayaran kanda diiringi doa org2 yg menyayangi kanda.Org2 yg menyayangi kanda kerana inginkan keselamatan dunia akhirat..Kanda sebenarnya dah beli akal dgn seluruh pelayaran tu & juga doa ayahanda kita yg inginkan kesejahteraan dunia akhirat bukan saja utk kita tapi semua rakyat country ni."

Sejak hari tu,insaflah siputera. Bertambah insaf lagi bila diberi nasihat panjang lebar oleh raja & PM. Bila dia terangkan rupa org tua yg ditemuinya, ternyata org tua tulah juga yg datang dlm mimpi raja & menteri. Si isteri juga bagi tahu yg dia juga bermimpi jumpa org tua yg serupa.Org tua tu yg suruh kirim akal kpd suaminya! Tak ada yg mustahil jika Allah telah tentukan...Allah adalah sebaik2 tempat mengadu. Dia yg memiliki segala yg dilangit dan bumi...Sekian.... hehehe..



Monday, December 6, 2010

AspiRasi iLmU.....

siapakah kita?? siapa... yaa..??

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.