Sem0ga Ukhuwah Kita Semua Mekar Ke Akhirnya.....

Saturday, December 18, 2010

AspiRasi iLmU.....

"Salam ukhwah dan kasih sayang buat semua.hari ni saya ada cerita best untuk dikongsi bersama.Diharap cerita ni mampu menghiburkan semua yg membacanya. Sambil berhibur, ambillah iktibar drinya ok! Ceritanya begini...jeng..jeng..jeng...



Zaman dulu2...di satu negeri di sebelah Timur Tengah ada seorang raja yg adil-disayangi oleh sekelian isi istana & juga rakyat jelata.Baginda dah tua. Puteranya memang ada sifat pemimpin, tapi sangat terpaut pada harta & wanita. Baginda tidak mahu kerajaannya jatuh kerana 2 perkara yg hujungnya 'ta' itu. Kalau baginda mangkat, bagaimana keadaan rakyat & negeri?

Baginda pun menjodohkanlah putera itu dgn anak gadis PM-gadis solehah yg terdidik sejak kecik lagi. Si putera ikut saja. Baginya tak ada beza ada isteri @ tidak.Hamba2 sahaya tawanan perang rasa2nya dah cukup jadi penghibur hatinya. Baginya anak menteri tu tentu membosankan. Kononnya, gadis pingitan tu tak tahu apa2..ini tak selari dgn seleranya.

Perkahwinan berlangsung juga tapi perangai si putera tak juga berubah. Dia lebih mengutamakan hamba2 sahayanya. Ada 2 org yg jadi 'favouritenya'. tak letih2 raja & besannya berdoa. Si isteri lagilah hebat doanya.
Doa mereka bukan doa org malas...mereka iringi dgn usaha yg sungguh2. Menasihati dgn lisan tak dapat mengubah si putera. Satu malam raja dan PM bermimpi serentak berjumpa seorang tua yg mencadangkan supaya si putera pergi belayar membawa misi perdagangan. Raja & PM pun berbuatlah seperti yg disebut dlm mimpi. Si putera pun bersiap2lah bersama kelasi2 yg dipilih oleh raja & PM.

Sebelum berlayar si putera bertemu dgn 2org hamba sahaya kegemarannya bertanyakan apakah yg mereka inginkan. Dgn wajah berseri2, hati yg seronok...mereka minta dibawakan emas permata. mereka tahu di tempat lain hamba2 tak dilayan baik seperti mereka. Terlupa yg diri tu hanya hamba sahaya...maklumlah dah jadi kesayangan putera raja. Wajah pula cantik berseri. Rasa hati dialah permaisuri. Berjanji manislah si putera utk membawa balik emas & permata idaman hati mereka-kata2 manis yg keluar dr seorg putera raja yg perasaannya jadi hamba kpd hamba2 sahayanya. Inilah kelemahan yg sangat2 dirisaukan oleh raja. 

"wahai anakku, dah tanya ke kalau2 isterimu nak minta dibelikan apa2?"raja mengingatkan si putera. Si putera hanya tersenyum. Nak jawab apa? Di betul2 lupa. Cepat2 dia ke bilik isterinya & bertanya.
"Dinda nak pesan 1 benda je. Dgn 3dirham ni, tolong belikan 'akal' utk dinda." Akal? Amenda tu? Hai, entah hape2lah yg dikirimnya. Gerutu hati siputera. 3dirham je...bendanya tentu murah. Barang murah bukan susah sangat nak cari. Napelah ayahanda pilih perempuan macam ni jadi isterinya? Sure PM tu bodek ayahandanya sampai sanggup menjadikan perempuan pelik macam tu jadi menantu.Takde kelayakan langsung nak jadi permaisuri...
"tu je yg dinda perlukan.."

"Hmm..yalah.."pendek jawab siputera.Boring.
Belayarlah si putera dgn iringan doa seluruh isi istana. Segala nasihat &panduan dah biberikan oleh raja &mentuanya. Termasuklah si isteri yg turut mengiringinya dgn doa yg tak pernah putus.
Memiliki hati si putera bukanlah matlamat si isteri. Yg penting baginya ialah kasih sayang&redha Allah.Bila diminta kawin dgn si putera, dia juga berazam utk menjadikan perkahwinan itu sebagai laluannya utk beramal ibadah. Walaupun hati kecilnya sebagai perempuan tersentuh dgn sikap suami yg endah tak endah...dia tetap sabar. Kalau suaminya tak tunai tanggungjawab sebagai suami, tunggu ajelah tindakan Allah.Tak tunai tanggungjawab bererti kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah bererti neraka. Kalau suaminya masuk neraka kerana dimurkai Allah...buat apa dia ikut jejaknya.Tapi, sebagai wanita solehah..hati isteri taklah sekejam tu.Dia tetap sayangkan si suami kerana itu perintah Allah.Kecintaannya pd allah mendorongnya utk menyayangi siapa saja yg Allah perintahkan utk disayangi. Bukan ramai sangat makhluk yg perlu disayangi sebagai suami.So si isteri ambil keputusan utk buktikan rasa kasih kpd suami dgn doakan supaya si suami selamat dr kebinasaan dunia&akhirat. Sebagai pembuktian cintanya kpd Allah...

Dgn izin Allah, bussiness si putera dapat untung berlipat ganda. Emas permata utk hambanya dah pun dibeli. tak sabar2 lagi nak pulang. tetiba mereka diserang ribut. Layar diturunkan.Seluruh isi kapal berdoa kpd Allah. Ada seorang yg ditua2kan & bayak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "ada apa2 lagikah amanah & pesanan yg belum ditunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..." APAKAH SEBENARNYA YG TELAH TERJADI? NANTIKANLAH CERITA YG SETERUSNYA OK... "


"Apa yg telah terjadi dengan putera dan misi perdagangannya? jom ikuti sambungan citer ni.skit sedutan dr episod satu ari tu...ada sorang yg ditua2kan dan banyak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "Ada apa2 lagikah amanah dan pesanan yg belum kita tunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..."




Tiba2 si putera teringat kpd duit 3dirham kiriman isterinya.Ah! Dia belum beli akal utk isterinya! "kiriman isteri saya belum tertunai!" dia mengaku. "Kalau macam tu, kita singgah kat pulau berdekatan utk beli ole2 isteri tuanku tu."

Si putera ditemani oleh pengiringnya turun ke pulau utk mencari akal. Dia yg tak pernah penat betul2 terseksa hari tu. Peluhnya menitik2. Lebih sakit lagi, setiap kali dia tanya "ada jual akal tak?" semua org gelak. "tak sihat ke org ni, nak beli akal?"

Hatinya bertambah geram kpd isterinya. Akhirnya si putera bertemu dgn sorang tua yg sedang duduk kat bawah sepohon pokok yg rendang. Kalau org tua tu pun gelakkan, dia berazam naik ke kapal dan cari akal kat tempat lain.

"Tok, tau tak kat mana saya boleh beli akal?"

"Akal?" serius je muka org tua tu.
Ah! Lega hatinya sebab org tua tu tak gelak. Maka berceritalah si putera dr awal sampai akhir...termasuklah cerita pasal hamba2 dan isterinya. org tua tu angguk2 dan berkata, "Anak telah memiliki sorang isteri yg baik tapi anak tak hargai dan tunaikan kewajipan anak kepadanya sebab asyik dgn hamba2 tu je. Cuba luangkan masa utk mengenalinya..sure anak tak menyesal. Kalau anak faham apa yg tok cakap ni, anak akan dapat akal yg isteri anak pesan sebaik saja anak masuk ke biliknya."

Lega hati si putera. Bolehlah balik cepat2. Dia tawarkan emas permata kat org tua tu, tapi org tua tu menolak. "Cukuplah 3dirham yg isteri anak bekalkan"

Kembalilah si pytera dan rombongan dgn selamat. Malang bg si putera,on the way dr kapal ke istana, dia terjatuh dlm selut. Habis badannya kena selut tapi dia tak peduli. Dia tak sabar2 lagi nak jumpa dgn hamba2 kesayangannya. Sampai kat istana dia jumpa mereka. Sambil berdiri di depan mereka dia menunjukkan 2 uncang berisi emas permata. Mereka ambil uncang dgn gembira,membelek2 emas permata sampai lupa putera depan mata. Si putera berdiri tegak depan mereka.

"Aku atau emas permata lebih penting bagi kamu?"

"Cantiknya..berkilat2.Boleh silau mata"
Siputera tak diendahkan sampai dia terpaksa pegang tangan mereka. "Eekk...pegila bersihkan diri dulu. Busuk!" alangkah murkanya dia. Dirampas semula uncang tersebut dan terus keluar dr tempat tu. Dgn rasa marah yg berkobar2 dia melangkah ke bilik isterinya. Dia tak mahu org dlm istana lihat dirinya penuh selut. Tempat isterinya lebih sesuai utk bersihkan diri.Dia terus buka pintu bilik isterinya.

Si isteri terperanjat. Bila tengok yg masuk ialah suaminya...dia segera sambut dgn hormat.Tangan suaminya dicium penuh penghargaan. Tergamam siputera.

"Selamat pulang.Kanda mesti letih. Rehatla dulu, nanti dinda ambikkan pakaian."

"Tak busuk ke?" tanya siputera pelik.
"Busuk lagi hati isteri yg tak gembirakan suami ketika letih pulang dr tugas negara."

Alangkah tersentuh hatinya dgn sambutan isterinya.Oleh kerana tergamam, dia ikut je apa yg diperlakukan padanya. Dimandikan,disapu wangi2an dan diberi hidangan yg lazat2. Wajah si isteri sentiasa manis &berseri2, tak sikit pun menjeling uncang emas yg separuh terbuka.Barang kirimannya pun tak ditanya. Setelah selesa,duduklah mereka suami isteri berhadap2an buat first timenya.

"Err...akal yg dinda pesantu, err..." dia teragak2 nak bagi tahu. Tiba2 timbul rasa segan kpd isterinya. Si isteri hanya diam dgn wajah tenang.

"Kanda dah pun dapatkan akal yg dinda pesan."

"Mana dia?" tanya si isteri.
"Sekarang ni ada pada kanda."
"Boleh dinda miliki sekarang?" Siputera tunduk. Dipegang tangan isterinya. Direnung matanya dgn lembut.

"Kanda miliki isteri yg baik, tapi kanda tak pernah syukuri nikmat ni." Dia pun bercerita pengalamannya di pulau dgn org tua.Dia juga berterus-terang bagaimana sambutan isterinya tlh menyedarkan tentang kesilapannya selama ini.

"sebenarnya pelayaran kanda diiringi doa org2 yg menyayangi kanda.Org2 yg menyayangi kanda kerana inginkan keselamatan dunia akhirat..Kanda sebenarnya dah beli akal dgn seluruh pelayaran tu & juga doa ayahanda kita yg inginkan kesejahteraan dunia akhirat bukan saja utk kita tapi semua rakyat country ni."

Sejak hari tu,insaflah siputera. Bertambah insaf lagi bila diberi nasihat panjang lebar oleh raja & PM. Bila dia terangkan rupa org tua yg ditemuinya, ternyata org tua tulah juga yg datang dlm mimpi raja & menteri. Si isteri juga bagi tahu yg dia juga bermimpi jumpa org tua yg serupa.Org tua tu yg suruh kirim akal kpd suaminya! Tak ada yg mustahil jika Allah telah tentukan...Allah adalah sebaik2 tempat mengadu. Dia yg memiliki segala yg dilangit dan bumi...Sekian.... hehehe..



Monday, December 6, 2010

AspiRasi iLmU.....

siapakah kita?? siapa... yaa..??

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tuesday, October 26, 2010

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan."Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

berzikirlah......

Renung2kan.....

Saturday, October 23, 2010

Daulat Tuanku...

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Tuanku yg ke-80..sem0ga Allah s.w.t melanjutkan usia Tuanku dalam keadaan sihat walafiat bagi mentadbir kerajaan Negeri Pahang serta jajahan takluknya....insyaallah..amin.


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG
 
 SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'AIN
 BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR
 RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH
 
 DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN.,
 DK.(Perak).,  DK.(Johor).,  DK.(Kelantan).,
  DK.(Terengganu).,  DK.(Perlis).,  DK.(Kedah).,
  DKMB., DK.(Brunei).,  DK.(Negeri Sembilan).,
  DK.(Selangor)., Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia).,
 Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait).,
 Grand Order Of The Mugunghwa (South Korea).,
 Hon. D. Litt (Malaya)., LLD., hc (Northrop USA)
 Hon. D. Sc. (Bedforshire, UK)




ikhlas daripada Alumni Syariah Dan Undang2 2007-2010....

AspiRasi iLmU.....

6 Soalan


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati".Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)


Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".


Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".


Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



senantiasalah mem0hon keampunan dari Allah sw.t atas segala dosa yang telah kita lakukan...




N0staLgia SiLam mEngGamit Mem0ri....siri II

Mengimbas kembali kenangan ketika kami semua mula2 msuk ke kipsas sungguh ser0nok untuk diceritakan..ramai sahabat handai samada lelaki mahupun perempuan same2 tidak melepaskan peluang untuk mula2 mendaftar sekali di kipsas.Hal ini berikutan barang siape yg daftar dalam lingkungan terawal akan dapat cenderahati berupa jam bes0 petak untuk meje study...ok la jgak dr xdpt kan...haha.

pabila tibe di kipsas kami sume dismbut dengan meriah sekali seperti pengantin lelaki bertandang umah pngantin p0mpuan naseb xdak bunga manggar ngan k0mpang je...ramai jgak la yang daftar msuk kipsas.dari senarai yang jabatan pngajian yang ade di kipsas so memang k0s syariah n undang2 la yg menjadi pilihan ramai..(bl0g ni syariah bebudaknyer..hehe)

pendekkan cerite...suda selesai pndaftaran n segalanya maka bermula lah minggu aluan siswa(mas).mase ni kami sume saling kenal mengenali antaraa 1 same lain samada pelajar sesame plajar n pelajar sesame fasilitat0r..so yang pnting layan je..


bagi kt0rg fasi2 mase ni ok la jgak kdang2 plik gak..tp nak wat cam ne kan.lalui je la 0rientasi ni wlaupun pda hakikatnye rmai yg xnak j0in.klau k0rg nak tg0k gelagat kt0rg j0in minggu aluan siswa ni,ha....layan je ngan gamb02 kt0rg....hehe..



penjage kaunter yg senantiase ceria..sape la dak depan madam ana ni???



punye la khusyuk sampai tetid0 p0n ade....



riak muke penuh semangat......hehe



sahabat sk0lah lame yg xpernah berenggang....



opps!!!....cam knal je brader ni....



raut wajah penuh dengan keserabutan???



gr0up diskusi bersama ustaz.....???



p0se istimewa di dlm library.....z0n senyap!!!



gr0up diskusi bersame madam syafinaz...



gr0up k0lam ikan bersame al-fadhil ust suffian n en apis..



gr0up diskusi bersame al-Fadhil ust haizuran...



gr0up diskusi bersame al-Fadhil ust nizam jamaludin.



sembang pe plak ni...??



ehm3.......zzzzzzzzzz


termenung jauh........0pocot!!


sehati sejiwa....

c0ver tid0q la 2....hehe....kant0i..

akibat qiamullail lame......zzzzzzzzzz
sapekah gerangannyer...???


gr0up al-fadhil ust effat mokhtar....


blurr semacam je....


c0ol n steady......


dewan kipsas penuh k0ntroversi.....


pegi membajak sawah ke pak cik!!


tercengang nape lak ni...???


yeyeyeye.....

bersambung.....

Thursday, October 21, 2010

AspiRasi iLmU.....

3 soalan

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.


Wujudnya alam semesta ini bukti kekuasaan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Wednesday, October 20, 2010

N0staLgia SiLam mEngGamit Mem0ri...

Mengimbau detik manis mule2 msuk ke kipsas dulu..meruntun sejuta persoalan samada teruskan belajar di sini ataupun berhenti sekerat jalan..perasaan sume pelajar ketika itu bercampur baur..namun kuasa Tuhan penentu segalanye..berkat d0a serta dorongan ibu bapa,pensyarah serta rakan taulan sekalian akhirnya sampai jua kite ke penghujung pengajian kn...

klau k0rg sume nak tau...mse dak2 syariah ni mule2 masuk kt0rg d bahagikan kpd 5 gr0up ataup0n klas...wlaup0n kt0rg d bahagikan ikut gr0up msing2 namun harapan yang utama sekali sm0ge ukhuwah kt0rg still utuh n bisa rebah...amin ya rabbal alamin..

sekilas pandang ni la geng2 kit0rg ikut klas masing..

gr0up syariah 1

gr0up syariah 2

gr0up syariah 3

gr0up syariah 4

gr0up syariah 5


salam konvokesyen ....

Pada tanggal 16 dan 17hb oktober yang lalu bertempat di dewan jubli perak sultan haji ahmad shah,kuantan,pahang, telah berlangsungnya konvokesyen bagi penyampaian dipl0ma kepada graduan kipsas yang telah menamatkan pengajian bagi sesi 06 dan 7...

Majlis ini telah diserikan lagi dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang serta Sultanah Pahang berangkat menyampaikan skr0l dipl0ma kepada graduan yang berjaya.Majlis ini telah dibahagikan sebanyak dua sidang iaitu sidang 1 dan sidang 2.

gambar2 sekitar berlangsungnya konvokesyen tersebut...

                                             graduan serta ibu bapa yang turut same hadir....

                                          riak kegembiraan jelas terpancar diwajah graduan....hehe

                                              penuh gaye dan emosi.....

bersama salah seorang pensyarah jabatan syariah iaitu ust.fakhruddin bin Ishak..

salam pembuka kata dari kami...

terima kasih kerana sudi melawati bl0g ini..ianya telah dihasilkan oleh seorang anak kampung yang sangat prihatin akan dasar setiakawan serta semangat ukhuwah yang tidak akan punah walaupun anak kampung serta sahabat2nya telah pun menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang termashur d saenter0 pahang khususnye....ipts yang dimaksudkan beliau tidak lain dan tidak bukan ialah KIPSAS ( k0lej islam pahang sultan haji ahmad shah ).....

dengan terhasilnya bl0g yang serba kekurangan  ini diharapkan ukhuwah yang diharap2kan oleh anak kampung  ini akan dieratkan dengan lebih jitu....