Sem0ga Ukhuwah Kita Semua Mekar Ke Akhirnya.....

Saturday, April 30, 2011

N0staLgia SiLam mEngGamit Mem0ri...

Salam sejahtera kepada kalian semua....

alhamdulillah....bersua lagi kita rupenyer.lame bl0g ni x memaparkan buletin2 terkini samada berbentuk ilmiah,coretan kenangan mahupun hum0r yang mengembirakan kita semua kan..sebel0m sy terlupa..dalam kesempatan setiap saat yang diberikan pada ketika ini..ingin sy wishkan "selamat menyambut hari pekerja" kepada semua yg bekerja la...yang dok belaj0 2 mne leh sambut...hehehe

Sy p0n pekerja jgak statusnya skarang ni...anda semua bagaimana..??xkan menganggur lg k0t.pesan sy pada yg bel0m dpt k0je 2 yg pertama sekali bykkan bersabar..jgn la ptus asa dlm mencari keje..insyaallah ade rezeki kalian nnt 2..pucuk pangkalnya usaha kan..yg ke-2 nya kan..jgn la memilih keje a.k.a demand plak ngan k0je yg kiter nak.zaman skang mmg ssh nak dpt k0je yg ikut sedap ngan jiwa kiter...clap2 klau mmilih sgt...smpai ketua la xbek0je...nauzubillahi min zalik..

Sebagai ummat Muhammad s.a.w kita seharusnya memanjatkan kesyukuran pada Allah Taala kerna telah meletakkan asas Iman dan Islam pada setiap jiwa dikalangan kita semua.jadi...tingkatkan ibadah serta kebajikan kita sebagai bekalan untuk menemui Allah Taala diakhirat kelak...

Thursday, March 10, 2011

Al-Fatihah...

Salam takziah diucapkan kepada saudari Nurhazierah Binti Sanif ( gambar ) serta keluarga atas kembalinya kerahmatullah ayahandanya yang disayangi pada malam semalam...9/3/2011...sem0ga kalian sekeluarga tabah serta redha dengan ketentuan Allah Taala.


( semasa k0nvo kipsas bersama ibunda tercinta )      

*Kepada jiji sahabat yang kami semua sayangi,kuatkan semangat serta cekalkan tekad menghadapi segala ketentuan ini yer...ang anak sulung kan..jadik tempat mengadu serta tauladan pada2 adik...kami d0akan sem0ga ang teruskan semangat untuk belajar wlaupun kehilangan ini tiada pengganti ..ang harapan keluarga kan...kami semua sahabat ang akan senantiase dibelakang ang untuk membantu yang mane perlu...insyaallah..

Sunday, January 30, 2011

BuLetiN TeRkiNi....

Selamat malam serta salam sejahtera kepada kalian yg senantiase mngunjungi bl0g ni...da lame rsenye bl0g ni tak mngeluarkan inf02 serta c0retan sensasi akn akan membuka mata sesiapa yg membacenye..da nak ujung januari rupenyer...

Untuk maklumat semua, tuan punye bl0g serta rakan2 ingin merakamkan jutaan terima kasih atas jasa serta k0mitmen yang telah di berikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nizam Bin Jamaludin yang telah menjadi ketua jabatan syariah dan undang2,kipsas selama beberapa tahun.batch kit0rg p0n ust nizam yang jdik ketua jabatan..namun..disangkakan panas smpai ke petang tp kehendak Allah Taala bleh plak ujan d tengahari...untuk makluman semua..

Baru2 ni Al-Fadil Ustaz Nizam telah ditukarkan dri ktua jabatan syariah mnjadik pnsyarah kanan jbatan..manakala jawatan lamenyer telah diisi oleh Al-Fadhil ustaz Sapawi Hamdan Bin Awang....jutaan tahniah diucapkan ustaz Sapawi ats lantikan tersebut...kami ex-student syariah d0akn sem0ga jabatan syariah yg kami syg akn semakin mant0p!! d bawah naungan ustaz sapawi hamdan....insyaallah.


( Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nizam Bin Jamaludin )




( Al-Fadil Ustaz Sapawi Hamdan Bin Awang )
*depan sekali baju biru


Patah tumbuh hilang berganti...sem0ga jabatan syariah kian segar serta mant0p dalam melahirkan para graduan yang serba serbi hebat bukan saje dalam akademik malah sahsiah serta gerak aktivitinye...insyaallah.

Friday, January 14, 2011

N0staLgia SiLam mEngGamit Mem0ri....siri IV

hahaha....klau xde pnsyarah xbrmakna la pngajian d ssuatu ipt kn...same la cam kolej kit0rg ni.klau k0rg nak tau jbtn kt0rg de rmai la jgak pnsyarah yg hebat2 samade dr ilmunya,rupanya,senyumannya n dr segala2nya la d0rg ni hebat..d sebabkan itulah jabatan kt0rg ni merupakan jabatan yg pling ramai pelajonyer d kipsas ni...jom kiter tengok sape la pensyarah jabatan syariah dan undang2 kipsas 2 ye.....jeng3..



Gamb0 pensyarah mule2 ni merupakan ketua jabatan syariah dan undang2.name pensyarah ni ialah al-Fadhil ust Muhammad Nizam Bin Jamaludin.ust ni merupakan s0rg yg sgt tegas tp peramah.beliau merupakan lulusan luar negara dalam bidang pengajian islam.kalau sape2 yg xpenah bermesra dgn beliau akn mengatakn ust ni tegas sgt namun d sebalik ketegasnnya itulh lahirnya sebuah pengh0rmatan trhadap beliau yg amat tggi.....



ni pula merupakn s0rg pensyarah jabatan syariah dan undang2 jgak tau...s0rg yg tegas namun beliau sgt prihatin trhadap para pelajonyeer..d smping mnjadik pnsyarah beliau jgak s0rg peguam yg hebat.suaranya mmg sangat lantang dlm berkata2 serta mmberikan hujah melayakkn beliau mnjadi peguam yg hebat...lupe plak nak knalkan nme pnsyarah ni...madam Azriana binti Ridouan...........



ust ni plak merupakan sorg ust yg sporting habes ngan para pelajonyer..s0rg graduan lulusan universiti islam madianah yg byk mlahirkan ulamak2 trkemuka d dunia..beliau adalah bujang lg sebenarnye..encem lagi..kewarakannya memb0lehkan rmai pelajar mengajukan soalan berkaitan hukum agama dan perkara berkaitan ummat islam...nme ust ni ialah al-Fadhil Ust Fakhruddin Bin Ishak......



haha....ni lg p0wer...takut seben0nye kitorg nak tulis perwatakan serta latar belakang beliau ni..nme d beri Encik Wan  Emril Nizam Bin Wan Emb0ng...merupakan salah s0rg pnsyarah kanan dlm jabatan syariah ni jgak.cel0tehnyer kadangkala membuatkn keadaan dlm dewn kuliah terutamanya mnjadik gamat dgn hilaian ketawa para pelajar..s0rg yg semp0i tp d sebalik kesempoian beliau terbit watak s0rg pemimpin yg amat berwibawa pabila bru2 ni beliau telah d lantik secara rasminya sebagai pengerusi gabungan pelajar melayu semenanjung a.k.a gpms negeri pahang.....tahniah diucapkan....



klau k0rg sume nak tau ust ni merupakan pnsyarah yg paling c0mel dlm jbtn kt0rg ni..ust ni lulusan universiti luar negara dalam bidang pengajian islam.se0rg yg berwatakan perlahan namun kebanyakn pelajar suka utk mndekatinya kerana d dlm jabatan syariah beliaulah t0key kurup wang a.k.a bendahari ag0ng jabatn syariah la..nme pensyarh ni kn ialah al-Fadhil Ustaz Sapawi Hamdan Bin Awang...



pensyarah seterusnya merupakan antara pnsyarah baru d kipsas ni..beliau hanya akn berckp apabila perlu shaja serta menimbulkan kegerunan kpd pelajar utk menegurnya..rupa2nya telahan trsebut trnyata cilap..klau sape2 yg penah bersembang dgnnya akn tau ape perwaakannya yg sebenar...nme pnsyarah ni ialah Encik Saifuddin Bin Abdul Karim.....



pensyarah ni plak adalah s0rg yg lemah lembut,s0pan santun tapi tegas...beliau s0rg yg amat dekat d ati para pelajar berikutan sikapnya yg sp0rting serta tidak mudah jemu mngajo wlaupun ade kalanya ribut melanda d dlm kuliahnya.sikap keibuan yg d bawanya dlm pmbelajarannya mnarik minat kpd para pelajar utk mmberi resp0n yg baik terhadap apa yg d ajarkannya...lupe lagi..nme pnsyarah comei ni ialah madam Yusliha Binti Mohd Yunus..........


*tiada dalam ni ialah gamb0 ust Hasiah...

kepada semua para pensyarah jabatan syariah dan undang2 yg kami kasihi serta sayangi..jutaan kemaafan kami p0hon sekiranya selama kami menimba ilmu d kipsas terdapat kesilapan mahupun kekhilafan yang d lakukan samada secara nampak mahupun tidak..jasa serta pengorbanan kalian tidak akn kami lupa hingga nyawa kami d jemput oleh Allah Taala..halalkanlah segala ilmu yg telah kalian curahkan kpd kami...semoga bakti serta jasa kalian d kurniakan ganjaran pahala oleh Allah Taala kerana setiap ilmu berguna  yg mengalir dr kalian dari generasi ke generasi akn d hitung oleh Allah diakhirat kelak......amin.

N0staLgia SiLam mEngGamit Mem0ri....siri III

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali kpd sume shbt2 serta muslimin muslimat yg d rahmati oleh Allah hendaknyer...da lame x update bl0g terchenta ni..ok lah...kite sambung crite kenangan selame mnuntut d kipsas yg kami cintai....

selepas je kami sume abes mggu aluan siswa (mas)..*cam nme kpal trbang mlaysia la pul0k..xpe la.. kit0rg tlh d bhagikan kpd 5 gr0up yg b'beza tau.bg kit0rg wlaup0n klas len2 tp hati t0tap sehati sejiwa..ble jumpe d asrama still leh bermesra sperti biase je..same je.kelas 1 ke,2 ke...janji bleh belaj0 kn..klau k0rg sume nak tau cam ne geng2 dak2 klas 2 jom...


gr0up syariah 1



group syariah 2


gr0up syariah 2...



gr0up syariah 4



gr0up syariah 4.

haha...da teng0k kn pic kelas batch kit0rg...encem n cantik2 belake dak2 sume..nak d katekn d0rg 2 sume dtg dr seluruh pelusuk ceruk kamp0ng,band0,pedalaman n dr merata tempat termasuklah dr thailand ngan singap0re p0n ade.antarabangsa jgak la batch kit0rg ni..sumenyer mempunyai matlamat yg same iaitu bagi memper0leh segulung dipl0ma syariah dan undang2 dr kipsas ini..namun...sume matlamat 2 x akan dtg dgn snirinye tanpa usaha serta peng0rbanan yg tnggi dlm mnuntut ilmu d kipsas ni..

nak tau x sape lecturer jabtn kit0rg x?????......ikuti sambungan citer kit0rg lpas ni ye....


Saturday, December 18, 2010

AspiRasi iLmU.....

"Salam ukhwah dan kasih sayang buat semua.hari ni saya ada cerita best untuk dikongsi bersama.Diharap cerita ni mampu menghiburkan semua yg membacanya. Sambil berhibur, ambillah iktibar drinya ok! Ceritanya begini...jeng..jeng..jeng...



Zaman dulu2...di satu negeri di sebelah Timur Tengah ada seorang raja yg adil-disayangi oleh sekelian isi istana & juga rakyat jelata.Baginda dah tua. Puteranya memang ada sifat pemimpin, tapi sangat terpaut pada harta & wanita. Baginda tidak mahu kerajaannya jatuh kerana 2 perkara yg hujungnya 'ta' itu. Kalau baginda mangkat, bagaimana keadaan rakyat & negeri?

Baginda pun menjodohkanlah putera itu dgn anak gadis PM-gadis solehah yg terdidik sejak kecik lagi. Si putera ikut saja. Baginya tak ada beza ada isteri @ tidak.Hamba2 sahaya tawanan perang rasa2nya dah cukup jadi penghibur hatinya. Baginya anak menteri tu tentu membosankan. Kononnya, gadis pingitan tu tak tahu apa2..ini tak selari dgn seleranya.

Perkahwinan berlangsung juga tapi perangai si putera tak juga berubah. Dia lebih mengutamakan hamba2 sahayanya. Ada 2 org yg jadi 'favouritenya'. tak letih2 raja & besannya berdoa. Si isteri lagilah hebat doanya.
Doa mereka bukan doa org malas...mereka iringi dgn usaha yg sungguh2. Menasihati dgn lisan tak dapat mengubah si putera. Satu malam raja dan PM bermimpi serentak berjumpa seorang tua yg mencadangkan supaya si putera pergi belayar membawa misi perdagangan. Raja & PM pun berbuatlah seperti yg disebut dlm mimpi. Si putera pun bersiap2lah bersama kelasi2 yg dipilih oleh raja & PM.

Sebelum berlayar si putera bertemu dgn 2org hamba sahaya kegemarannya bertanyakan apakah yg mereka inginkan. Dgn wajah berseri2, hati yg seronok...mereka minta dibawakan emas permata. mereka tahu di tempat lain hamba2 tak dilayan baik seperti mereka. Terlupa yg diri tu hanya hamba sahaya...maklumlah dah jadi kesayangan putera raja. Wajah pula cantik berseri. Rasa hati dialah permaisuri. Berjanji manislah si putera utk membawa balik emas & permata idaman hati mereka-kata2 manis yg keluar dr seorg putera raja yg perasaannya jadi hamba kpd hamba2 sahayanya. Inilah kelemahan yg sangat2 dirisaukan oleh raja. 

"wahai anakku, dah tanya ke kalau2 isterimu nak minta dibelikan apa2?"raja mengingatkan si putera. Si putera hanya tersenyum. Nak jawab apa? Di betul2 lupa. Cepat2 dia ke bilik isterinya & bertanya.
"Dinda nak pesan 1 benda je. Dgn 3dirham ni, tolong belikan 'akal' utk dinda." Akal? Amenda tu? Hai, entah hape2lah yg dikirimnya. Gerutu hati siputera. 3dirham je...bendanya tentu murah. Barang murah bukan susah sangat nak cari. Napelah ayahanda pilih perempuan macam ni jadi isterinya? Sure PM tu bodek ayahandanya sampai sanggup menjadikan perempuan pelik macam tu jadi menantu.Takde kelayakan langsung nak jadi permaisuri...
"tu je yg dinda perlukan.."

"Hmm..yalah.."pendek jawab siputera.Boring.
Belayarlah si putera dgn iringan doa seluruh isi istana. Segala nasihat &panduan dah biberikan oleh raja &mentuanya. Termasuklah si isteri yg turut mengiringinya dgn doa yg tak pernah putus.
Memiliki hati si putera bukanlah matlamat si isteri. Yg penting baginya ialah kasih sayang&redha Allah.Bila diminta kawin dgn si putera, dia juga berazam utk menjadikan perkahwinan itu sebagai laluannya utk beramal ibadah. Walaupun hati kecilnya sebagai perempuan tersentuh dgn sikap suami yg endah tak endah...dia tetap sabar. Kalau suaminya tak tunai tanggungjawab sebagai suami, tunggu ajelah tindakan Allah.Tak tunai tanggungjawab bererti kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah bererti neraka. Kalau suaminya masuk neraka kerana dimurkai Allah...buat apa dia ikut jejaknya.Tapi, sebagai wanita solehah..hati isteri taklah sekejam tu.Dia tetap sayangkan si suami kerana itu perintah Allah.Kecintaannya pd allah mendorongnya utk menyayangi siapa saja yg Allah perintahkan utk disayangi. Bukan ramai sangat makhluk yg perlu disayangi sebagai suami.So si isteri ambil keputusan utk buktikan rasa kasih kpd suami dgn doakan supaya si suami selamat dr kebinasaan dunia&akhirat. Sebagai pembuktian cintanya kpd Allah...

Dgn izin Allah, bussiness si putera dapat untung berlipat ganda. Emas permata utk hambanya dah pun dibeli. tak sabar2 lagi nak pulang. tetiba mereka diserang ribut. Layar diturunkan.Seluruh isi kapal berdoa kpd Allah. Ada seorang yg ditua2kan & bayak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "ada apa2 lagikah amanah & pesanan yg belum ditunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..." APAKAH SEBENARNYA YG TELAH TERJADI? NANTIKANLAH CERITA YG SETERUSNYA OK... "


"Apa yg telah terjadi dengan putera dan misi perdagangannya? jom ikuti sambungan citer ni.skit sedutan dr episod satu ari tu...ada sorang yg ditua2kan dan banyak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "Ada apa2 lagikah amanah dan pesanan yg belum kita tunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..."




Tiba2 si putera teringat kpd duit 3dirham kiriman isterinya.Ah! Dia belum beli akal utk isterinya! "kiriman isteri saya belum tertunai!" dia mengaku. "Kalau macam tu, kita singgah kat pulau berdekatan utk beli ole2 isteri tuanku tu."

Si putera ditemani oleh pengiringnya turun ke pulau utk mencari akal. Dia yg tak pernah penat betul2 terseksa hari tu. Peluhnya menitik2. Lebih sakit lagi, setiap kali dia tanya "ada jual akal tak?" semua org gelak. "tak sihat ke org ni, nak beli akal?"

Hatinya bertambah geram kpd isterinya. Akhirnya si putera bertemu dgn sorang tua yg sedang duduk kat bawah sepohon pokok yg rendang. Kalau org tua tu pun gelakkan, dia berazam naik ke kapal dan cari akal kat tempat lain.

"Tok, tau tak kat mana saya boleh beli akal?"

"Akal?" serius je muka org tua tu.
Ah! Lega hatinya sebab org tua tu tak gelak. Maka berceritalah si putera dr awal sampai akhir...termasuklah cerita pasal hamba2 dan isterinya. org tua tu angguk2 dan berkata, "Anak telah memiliki sorang isteri yg baik tapi anak tak hargai dan tunaikan kewajipan anak kepadanya sebab asyik dgn hamba2 tu je. Cuba luangkan masa utk mengenalinya..sure anak tak menyesal. Kalau anak faham apa yg tok cakap ni, anak akan dapat akal yg isteri anak pesan sebaik saja anak masuk ke biliknya."

Lega hati si putera. Bolehlah balik cepat2. Dia tawarkan emas permata kat org tua tu, tapi org tua tu menolak. "Cukuplah 3dirham yg isteri anak bekalkan"

Kembalilah si pytera dan rombongan dgn selamat. Malang bg si putera,on the way dr kapal ke istana, dia terjatuh dlm selut. Habis badannya kena selut tapi dia tak peduli. Dia tak sabar2 lagi nak jumpa dgn hamba2 kesayangannya. Sampai kat istana dia jumpa mereka. Sambil berdiri di depan mereka dia menunjukkan 2 uncang berisi emas permata. Mereka ambil uncang dgn gembira,membelek2 emas permata sampai lupa putera depan mata. Si putera berdiri tegak depan mereka.

"Aku atau emas permata lebih penting bagi kamu?"

"Cantiknya..berkilat2.Boleh silau mata"
Siputera tak diendahkan sampai dia terpaksa pegang tangan mereka. "Eekk...pegila bersihkan diri dulu. Busuk!" alangkah murkanya dia. Dirampas semula uncang tersebut dan terus keluar dr tempat tu. Dgn rasa marah yg berkobar2 dia melangkah ke bilik isterinya. Dia tak mahu org dlm istana lihat dirinya penuh selut. Tempat isterinya lebih sesuai utk bersihkan diri.Dia terus buka pintu bilik isterinya.

Si isteri terperanjat. Bila tengok yg masuk ialah suaminya...dia segera sambut dgn hormat.Tangan suaminya dicium penuh penghargaan. Tergamam siputera.

"Selamat pulang.Kanda mesti letih. Rehatla dulu, nanti dinda ambikkan pakaian."

"Tak busuk ke?" tanya siputera pelik.
"Busuk lagi hati isteri yg tak gembirakan suami ketika letih pulang dr tugas negara."

Alangkah tersentuh hatinya dgn sambutan isterinya.Oleh kerana tergamam, dia ikut je apa yg diperlakukan padanya. Dimandikan,disapu wangi2an dan diberi hidangan yg lazat2. Wajah si isteri sentiasa manis &berseri2, tak sikit pun menjeling uncang emas yg separuh terbuka.Barang kirimannya pun tak ditanya. Setelah selesa,duduklah mereka suami isteri berhadap2an buat first timenya.

"Err...akal yg dinda pesantu, err..." dia teragak2 nak bagi tahu. Tiba2 timbul rasa segan kpd isterinya. Si isteri hanya diam dgn wajah tenang.

"Kanda dah pun dapatkan akal yg dinda pesan."

"Mana dia?" tanya si isteri.
"Sekarang ni ada pada kanda."
"Boleh dinda miliki sekarang?" Siputera tunduk. Dipegang tangan isterinya. Direnung matanya dgn lembut.

"Kanda miliki isteri yg baik, tapi kanda tak pernah syukuri nikmat ni." Dia pun bercerita pengalamannya di pulau dgn org tua.Dia juga berterus-terang bagaimana sambutan isterinya tlh menyedarkan tentang kesilapannya selama ini.

"sebenarnya pelayaran kanda diiringi doa org2 yg menyayangi kanda.Org2 yg menyayangi kanda kerana inginkan keselamatan dunia akhirat..Kanda sebenarnya dah beli akal dgn seluruh pelayaran tu & juga doa ayahanda kita yg inginkan kesejahteraan dunia akhirat bukan saja utk kita tapi semua rakyat country ni."

Sejak hari tu,insaflah siputera. Bertambah insaf lagi bila diberi nasihat panjang lebar oleh raja & PM. Bila dia terangkan rupa org tua yg ditemuinya, ternyata org tua tulah juga yg datang dlm mimpi raja & menteri. Si isteri juga bagi tahu yg dia juga bermimpi jumpa org tua yg serupa.Org tua tu yg suruh kirim akal kpd suaminya! Tak ada yg mustahil jika Allah telah tentukan...Allah adalah sebaik2 tempat mengadu. Dia yg memiliki segala yg dilangit dan bumi...Sekian.... hehehe..



Monday, December 6, 2010

AspiRasi iLmU.....

siapakah kita?? siapa... yaa..??

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.